Apa tu Professional? Why being professional? Pakar? Campin? Hebat?
Mestikah mau jadi pro? Kenapa semua orang berusaha untuk menjadi Pro? Well, Why is everyone going to be pro? Mau berlagak ka apa?
Apabila disebut professional tentu kita terbayangkan kot, pakaian yang smart, berkemeja, berkasut kulit, rambut yang kemas dan kelihatan seperti orang kaya.
Five necessary to become professional (menurut pandangan Bigtalk Nonsense)
1) Penampilan
Ok, jika kita melihat di pejabat-pejabat kerajaan atau swasta mengenakan pakaian yang kemas berkemeja dan sebagainya. Mereka kelihatan menarik dan tidak menakutkan. Sebenarnya itulah salah satu keperluan untuk menjadi profesional. Penampilan. Penampilan amat mempengaruhi 1st impression seseorang. Sekiranya dia memakai pakaian yang tidak senonoh, tentu kita berasa kurang yakin dan takut.
2) Komunikasi
Kedua, sikap dalam berkomunikasi amat penting untuk dipelajari. Sesetengah memanggilnya kemahiran berunding. Dalam mempengaruhi minda seorang pelanggan, kita harus bijak mengatur strategi pertuturan. Mestilah teratur dan mudah difahami. Menggunakan bahasa percakapan dan bahasa badan membantu kita menyampaikan maklumat dengan jelas. Maklumat yang didekod secara audio dan visual membantu proses mengengkod maklumat.
3) Ilmu
Ilmu pengetahuan am amat penting dalam Komunikasi. Pengetahuan ini biasanya diperolehi secara teori dan praktikal. Secara teori merujuk kepada pembacaan dan secara praktikal melalui pengalaman atau pertanyaan. Ia bergantung kepada usaha kendiri untuk mendapatkannya. Rajin-rajinkanlah diri untuk mengumpul maklumat mengenai bidang kerjaya yang kita lakukan.
4) Attitude
Sikap merupakan elemen yang paling penting dalam professional. Kebolehan untuk mengendali dan menyelesaikan sesuatu masalah dengan tenang. Ia memudahkan proses menganalisis masalah yang dihadapi dan cara penyelesaian yang terbaik. Jika terlalu mengikutkan perasaan, ia memberi kesan yang buruk kepada diri kita sendiri.
5) Kemahiran
Profesional merupakan perkara yang amat rumit. Oleh itu, adalah lebih baiknya jika kita menjadi professional dalam bidang kita pelajari. Sekiranya tidak, kita tidak akan mendapat keputusan yang terbaik dalam menyelesaikan masalah. Seseorang peniaga perlulah pakar/mahir dalam produk yang dijualnya. Ia memudahkan peniaga mempromosikan dengan lancar.
Sebenarnya, banyak lagi seminar dan kursus mengenai professionalisme. Adalah lebih baik bertanya kepada yang lebih pakar.
"Orang yang professional adalah orang yang sentiasa memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa"
-BigTalkNonsense-
Huh, mata ni pun sudah mengantuk nanti lagilah kita sambung.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen saja. Terima Kasih