Teruskan kehidupan. Walau apa pun yang terjadi. Sentiasalah tenang. Sekuat mana pun cabaran akan dapat diatasi. Itulah indahnya dalam kehidupan. Memberi warna, corak dalam perjalanan. Setiap manusia ada perjalanannya sendiri. Sudah tertulis. jadi mengapa kita sentiasa berfikiran pendek walhal walau sehebat mana pun ujian yang melanda, setiap kali itu juga kita dapat menghadapinya. Mendewasakan manusia. Jangan pernah gentar menghadapi ujian. Ujian itu sangat berguna buat bekalan kita menghadapi hari-hari seterusnya. Kenapa mesti takut untuk menghadapi perkara yang baik. Ia malah memberi kita ilmu. Bukankah kita mahu untuk mencari ilmu. Mencari pengalaman. Jadi, jangan takut peraturkan langkah supaya tidak tergelincir dari landasan. Tergelincir sekalipun kita naik semula. Sentiasa berpandangan jauh. Agar dapat melihat lalu bersedia menghadapinya.
Sentiasa senyum walau dalam kesusahan memberikan kita ketenangan. Garisan akhir, penamatnya masih jauh. Namun, sentiasalah mengatakan bahawa penamatnya sudah dekat. Barulah kita tidak lalai dan terus menerus berusaha melangkah. Kehidupan langkahnya amat berat, bukan menjadi penghalang untuk kita menggerakkan kaki melangkah kehadapan. Hayunlah tanganmu membantumu menggerakkan kaki. Tidak perlu lah laju, cukuplah hanya sekadar bergerak kehadapan. Lalui lorong-lorong, jalan-jalan, likiu-liku, itu dengan penuh gmbira. Kerana di setiap langkah kita akan melihat perkara baru. Berbanding hanya berada di tempat yang sama, kita akan asyik melihat perkara yang sama. Mari terokai segala benda yang ada di perlangkahanmu. Lihatlah betapa indahnya dunia. Jauh perjalanan luas pandangan. Ingatlah, perjalanan yang sunyi ini. Tiada sesiapa yang bersama kita. Melainkan diri kita sendiri. Walau hakikatnya kita ada keluarga, teman, sahabat, rakan, seperjuangan. Namun, perjuangan ini adalah perjuangan sendiri. Senyumlah. Senyumlah menghadapi kehidupanmu sendiri. Penuhkanlah bekalanmu dengan keindahan alam terbentang luas. Perjalanan ini, sudah dibekalkan dengan Alkitab panduan. Bacalah panduan itu, agar kita nampak di mana jalan yang lurus. Ikutilah sunnah iaitu cara kehidupan para anbiya dalam menelaah Alkitab. Mengharungi kehidupan. Cara para anbiya adalah cara yang paling mantap untuk diikuti. Sekiranya, kita masih tercari-cari cara. Sudah diberi segala panduan. Hanya tinggal melangkahkan kaki menurut Alkitab dan Sunnah.
Ok. Inilah ang terkandung dalam minda ketika menulis sajak ini:-
Pengembara Lautan Sepi
Dalam pandanganku yang kabur,
Dari dalam jiwa yang luhur
Dengan rendah diriku
Bukan kertas itu kertas ini yang dicari.
Tajuk dan kandungan catatannya
adalah hanya
Bekalan bertemuNya
Kita adalah si pengembara lautan sepi
yang berani menyelam lautan mindanya sendiri.
Bertunjangkan manual wahyu Ilahi
Berpandukan sunah nabi
Sendiri.
Mencari setitik nila
yang bukan merosakkan susu sebelanga
Malah memutihkan baju baju putih
Memang tidak lepas dari kotoran
Idolaku
Penyelam lautan pengembara lainnya
Juga sendirian
Apa dicarimu?
Melihat memastikan sama serupa dasarnya dan dasarnya
Pegangan jiwanya dan jiwanya
Yang pasti tiada ragu
Kerana dasarnya padu
Berlandaskan cinta kepada Yang Satu
Beaufort,
1:48 am
4 Julai 2013

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen saja. Terima Kasih